CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ Myspace Falling Objects ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥ ♥♥ L&F ♥♥

Tuesday, August 17, 2010

baju rayo ku...



kain bercorak..baju nipis...


Monday, June 14, 2010

kawen....tunang....

fuhh...3hr berturut2 bz ngn org kawen...ari khamis rmh sepupu belah mek..sebaya aku..jumaat sepupu belah ayah bertunang..sebaya aku jgk...sabtu sepupu belah ayah..kawen...papepn,semoga diorg berbahagia hingga ke syurga..amin,,,,..sepnjg majlis 2 sempat la jgk aku snap gambar diorg utk tatapan semua...

ore bertunang!!!

pelamin wati

aku & inin...

nok nyelit jgop..hihi...

kimah n rizal....

ore kawen!!...

mek ila kawen....

Friday, June 11, 2010

Result...ResUlT!!!!

Alhamdulillah...syukur...lps 5 bulan belajar tunggang langgang..tak tido menyiapkn proposal final year project...akhirnya aku berjaya dpt dean list lg untuk kali ke-3...yeahhh!!!...wpun dugaan semasa exam amatlah berat..trpaksa study dgn kayap naik pd separuh dr leher..merayap smpai ke muka..& aku terpaksa extend 1 paper..paper yg aku kira sgt3 minat dlm subjek 2..tp syukur...aku berjaya dpt semua A dlm semua subject..cuma...ada 2 subjek yg aku mmg x brapa minat dpt A-..tp x pela..2 mungkin hikmah di sebalik kejadian yg berlaku...BTW,result kali ni mmg tak mengecewakan aku...ada 2 sem je lg utk aku maintain..moga aku sentiasa berjaya!!...thanks to all..yg telah menolongku..

Saturday, June 05, 2010

gulai pertama ku...

hasilnya..

nasi dlm periuk lg..hah

gulai telur

Friday, June 04, 2010

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.